Isnin, 15 April 2013

Kg Sungai Baru Tok Keramat


Kg Sungai Baru Tok Keramat adalah diantara tiga buah kampong yang terletak di dalam Mukim Sungai Baru di dalam Daerah Kota Setar. Ia merupakan sebuah perkampungan kecil orang melayu, dimana aktiviti utama masyarakat disini adalah petani, selainnya makan gaji disektor kerajaan dan swasta.

Kampong ini merupakan sebuah perkampongan kecil dan hanya didiami oleh orang-orang melayu sahaja, suatu ketika dahulu terdapat sebuah pondok yang dikenali dengan 'Pondok Pak Don' intitusi pondok ini pernah melahirkan tokoh-tokoh agama dan pemimpin masyarakat.

Mengikut sejarah orang-orang tua, kampong ini mempunyai latarbelakang yang unik, nama kampong ini diabadikan dengan wujudnya satu penempatan tanah perkuburan malayu yang diwakafkan di kampong tersebut. Tanah perkuburan ini masih dimanfaat oleh generasi keturunan pewakaf dan penduduk setempat.


Kampong Warisan, Haji Rejab & Hajah Aishah


Dangau Peninggalan Haji Ismail bin Haji Rejab







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...