TADIKA DARUL IRSYAD
PENGENALAN
Tadika Darul Irsyad merupakan model pendidikan pra-sekolah berkonsepkan Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah, yang mampu mengembangkan potensi anak-anak dari segi rohani, emosi, intelektual dan jasmani.
Tadika Darul Irsyad merupakan model pendidikan pra-sekolah berkonsepkan Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah, yang mampu mengembangkan potensi anak-anak dari segi rohani, emosi, intelektual dan jasmani.
Kurikulum dan kokurikulum Tadika
Darul Irsyad telah direkabentuk sebagai alternatif kepada ibubapa untuk memilih
pusat pendidikan pra- sekolah untuk anak-anak sebagai persediaan
menempuhi alam persekolahan penuh.
OBJEKTIF
1. Menyediakan wadah pendidikan awal dengan kaedah pendidikan
berorientasikan Islam
2. Menanam dan membina asas tauhid dalam diri dan kehidupan
kanak-kanak.
3. Membina akhlaq Islam yang tulen supaya menjiwai peribadi
mulia Rasullullah S.A.W
4. Menyediakan rangsangan yang bercorak Islamiah, sesuai dengan
perkembangan intelek, rohani dan jasmani kanak-kanak.
5. Mengenali kehidupan Islam yang sesuai dengan peringkat umur
dan kematangan mereka.
6. Memberi pendidikan asas mengenai kemahiran berkomunikasi
dalam kehidupan seharian.
KURIKULUM
Tadika Darul Irsyad menggunakan
kurikulum pra-sekolah bersepadu yang di keluarkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia, merangkumi matapelajaran akademik dan juga agama mengikut
sukatan pra-sekolah :
· Matapelajaran Akademik:
a. Bahasa Melayu,
b. Bahasa Inggeris.
c. Matematik
d. Sains
· Matapelajaran Agama:
a.
Al-Quran (Hafazan Surah, Mengenal
huruf Bacaan Al Quran)
b.
Fardhu Ain (Amali Solat, Ibadah,
Akhlak, Aqidah dan Sirah)
c.
Bahasa Arab (Bahasa Arab Komunikasi)
d.
Jawi
(Asas-asas Mengenal tulisan dan bacaan jawi)
MAKLUMAT
Skop kurikulum berpandukan kepada
Kurikulum Standard Prasekolah Kebansaan Kememterian Pendidikan Malaysia serta
diintegrasikan dengan kurikulum khas yang dirangka oleh ABIM iaitu : Fardhu
Ain, Al-Quran, Bahasa Arab dan Jawi.
Penyelaras Aktiviti dan Kurikulum tadika ini dipengerusikan oleh Ustazah Hajah Che Puteh binti Mohd Saad, berpengalaman selama 25 tahun dibidang pendidikan, lepasan Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam (IPI-ABIM), seorang pendidik di Sekolah Rendah Islam Alor Setar.
Penyelaras Aktiviti dan Kurikulum tadika ini dipengerusikan oleh Ustazah Hajah Che Puteh binti Mohd Saad, berpengalaman selama 25 tahun dibidang pendidikan, lepasan Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam (IPI-ABIM), seorang pendidik di Sekolah Rendah Islam Alor Setar.
PUSAT
PENGAJIAN AL QURAN DARUL IRSYAD
Pengenalan
Pusat Pengajian Al Quran Darul Irsyad, ianya diusahakan secara sukarela untuk memartabatkan al-Quran dengan menjadikannya sebagai satu Pusat Pengajian al-Quran yang berwibawa, dalam usaha melahirkan individu berkebolehan membaca al-Quran dengan bertajwid dan memahami ilmu-ilmu Islam.
Pusat Pengajian Al Quran Darul Irsyad, ianya diusahakan secara sukarela untuk memartabatkan al-Quran dengan menjadikannya sebagai satu Pusat Pengajian al-Quran yang berwibawa, dalam usaha melahirkan individu berkebolehan membaca al-Quran dengan bertajwid dan memahami ilmu-ilmu Islam.
Sistem pengajaran dan pembelajaran
di institusi ini mengabungkan cara pengajaran tradisional (sistem
individu) dan moden (sistematik berkelas)
Usaha belajar membaca al-Quran
dengan betul dan bertajwid adalah semulia-mulia bacaan. Firman Allah s.w.t.
yang bermaksud ; “BACALAH AL-QURAN DENGAN TELITI” (memelihara hukum tajwid)
Bacaan yuang salah adalah berdosa
dan dilaknat oleh Allah s.w.t., berdasarkan sabda Rasullullah s.a.w. yang
bermaksud : “Berapa ramai orang yang membaca al-Quran, sedangkan dia
dilaknati” Tidak ada sesuatu yang ternilai melainkan ilmu yang manafaat
untuk anak-anak.
Anak-anak perlu diberikan didikan
awal tentang pengajaran al-Quran berdasarkan hadith nabi yang bermaksud; “Sebaik-baik
kamu ialah orang yang belajar al_Quran dan mengajarkannya’
Keistimewaan
Kaedah pembelajaran yang
diperkenalkan di Institusi ini adalah mengikut kaedah qiraati, bacaan al Quran
bertajwid dan tanda bacaan Resm Uthmani.
· Pengajian
tanpa mengira peringkat umur (dewasa atau kanak-
kanak);
· Dibimbing
secara individu (seorang demi seorang);
· Tenaga
pengajar yang berkelulusan dan berpengalaman (Diploma
Tahfiz);
· Yuran
pengajian yang berpatutan;
· Persekitaran
dan suasana pembelajaran yang selesa;
· Sebuah
kelas pengajian yang berdaftar; dan
· Sijil
tamat pengajian disediakan.
"Didiklah anak-anak kamu kerana
mereka adalah generasi untuk zaman
yang lain dari zaman kamu"
(Maksud Hadith)
Perkara Asas Fardhu Ain
· Pelajar
akan melaksanakan wudhu’ dan solat secara amali /
praktikal;
· Pelajar
akan dilatih untuk menghafal ayat-ayat lazim dan ayat-ayat
pilihan berdasarkan teknik hafazan yang betul; dan
· Doa-doa
harian dan zikir akan diajarkan sebagai amalan.
Jawi dan Bahasa Arab
· Pelajar
akan didedahkan dengan teknikasas penulisan jawi;
· Pelajar
akan mempelajari kalimah-kalimah arab yang mudah;
· Pelajar
akan diperkenalkan angka-angka arab;
Aktiviti Tahunan
· Program-program
motivasi pelajar;
· Kem
Solat / khemah ibadah;dan
· Majlis
anugerah kecemerlangan dan Khatam al Quran
"Sebaik manusia diantara kamu orang
yang mempelajari al-Quran dan
mengajarnya kepada orang lain"
(maksud Hadith)
Program Aroma Tradisi di Kg Sungai Baru Tok Keramat
Kenduri Kesyukuran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan